The Selina Aksesori Terhangat Tahun Ini

Jenama beg terbaru, The Selina bakal menjengah pasaran fesyen di tiga pasaran utamanya iaitu Asia, Eropah dan Amerika.

Jenama lokal ini direka khusus untuk wanita moden lagi bergaya.

Menurut pengasas serta pemilik jenama ini, Selina Yeop Jr, beliau percaya bahawa tiada wanita yang perlu memilih di antara gaya dan praktikal.

“Hari ini beg tangan adalah keperluan, dan tidak lagi hanya berfungsi sebagai aksesori semata-mata”, katanya.

Sebagai salah seorang Pakar Perhubungan Awam dan ‘Trend-Setter’ di Malaysia, Selina telah menggunakan pengalamannya yang bertahun-tahun untuk mencurahkan ilham kepada The Selina.

“Sama seperti wanita moden masa kini, saya sering bergegas dari menghadiri mesyuarat ke majlis makan malam. The Selina menawarkan versatailiti bagi membolehkan anda menggayakannya di mana-mana acara tak kira siang atau malam”, jelasnya.

Diilhamkan oleh seni warisan sulaman yang tinggi nilai seninya, The Selina direka khas untuk menjadikan penggunanya merasa yakin, bergaya dan terkini.

Rekaannya dicipta supaya lebih praktikal tetapi masih tidak menjejaskan rasa mewah di dalam tekstur dan kualiti baik dari segi warna, konsep, sehinggalah sentuhan terakhir jahitan lambangnya.

Ada 10 rekaan kesemunya dari tiga koleksi yang berlainan. Antaranya ialah Twilight, The Work Hard,Play Harder, dan Travel.

Koleksi ini akan dilancarkan di pasaran Eropah pada musim panas 2017 dan boleh didapati menerusi www.modestrove.com